Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan kehormanian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan...

Selasa, 23 Ogos 2011

Aktiviti Jiran Wanita Sempena Ramadhan Al-Mubarak 2011

Pada 6 dan 24hb Ogos 2011 yg lepas, pihak Jiran Wanita KRT Taman Desa Orkid telah menganjurkan satu Majlis Ilmu di Surau Al-Nadzim dengan kerjasama AJK Surau.

Majlis ini telah dihadiri oleh Muslimah Taman Desa Orkid dan Taman Seri Bayu. Sambutan menggalakkan.

Majlis Ilmu ini telah di ceramah oleh Ybg Ustaz Hj Arshad, yang telah menyampaikan tajuk ceramah berkenaan solat dan puasa pada 6hb dan pada 20hb pula berkenaan kasih sayang antara jiran tetangga.

Semoga majlis ini mendapat pengisian yang penuh kepada warga muslimah yang hadir juga bersama berkongsi maklumat dengan jiran tetangga yang lain dan mendapat berkat di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Gambar yang saya letakkan di sini adalah paparan gambar pada tahun lepas kerana terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.















Sekian terima kasih.

Roslaini Romainoor
Setiausaha Jiran Wanita Taman Desa Orkid


Tiada ulasan:

Catat Ulasan