Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan kehormanian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan...

Ahad, 22 Ogos 2010

Sticker Kereta

Sticker kereta bagi tahun 2010/2011 masih lagi dijual, sesiapa yang berminat boleh mendapatkannya dengan harga RM5.00 sahaja dari nama-nama seperti berikut :
1. En. Sallim bin Wahid : 019-6601000
2. En. Kamarizan bin Abdul Kadir : 017-3327066
3. En. Balkhis bin Ahlal : 013-7007228
4. En. Jamri bim Muhammad : 017-2800473
5. En. Mohd Easan bin Ahmad : 017-2400883

Keselamatan kita tanggungjawab bersama...

Isnin, 16 Ogos 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-53

1 Malaysia Menjana Tranformasi..
Setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil...


"Diwajah suci anak-anak ini ku lihat sinar
Dihati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Kemanakah tumpah harapan mereka

Kerana
Dibahu kitalah terpikul segunung amanah
Dijemala kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji

Ayuhlah
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beza lebihkan menerima
Bertatihlah bersama ku
Kita berjalan seiring kita melangkah sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan , 1 Malaysia"
...Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Petikan dari Portal Rasmi Perayaan Sambutan Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53 .. http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php

Ahad, 15 Ogos 2010

Gambar Sekitar Kuliah Ramadhan

28 Ogos 2010 (18 Ramadhan 1431H)


14 Ogos 2010 (04 Ramadhan 1431H)


Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ybhg Ustaz Hj Arshad, ceramah yang disampaikan sungguh bermakna kepada kita semua, semoga ustaz dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.. aminn

Selasa, 10 Ogos 2010

Majlis ilmu Sempena Ramadhan Al-Mubarak

Pihak Jawatankuasa Jiran Wanita KRT Taman Desa Orkid akan menganjurkan satu Majlis Ilmu pada waktu berikut:-



Semua warga wanita KRT Taman Desa Orkid dan Taman Sri Bayu adalah dijemput hadir.
Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini akan diberkati dan diterima oleh Allah s.w.t. InsyaAllah..