Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan kehormanian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan...

Ahad, 2 Oktober 2011

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1432H dan Anugerah Pelajar Cemerlang 2010




















Majlis diadakan pada 25 Sept. 2011 di Perkarangan Surau Al-Nadzim Taman Desa Orkid. Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato' Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ibrahim Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rahman Brothers (Pemaju Perumahan Taman Desa Orkid), En Mohd Fadzli bin Hj. Ibrahim Pegawai Perpaduan Daerah Seremban dan En. Mohd Zubir bin Md. Zain Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Seremban.