Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan kehormanian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan...

Ahad, 26 Disember 2010

Selamat Menyambut Maalhijrah 1432H

... Moga 1 Muharam 1432H (7 Dis. 2010) ini bukan hanya sekadar menjadi cuti biasa bagi kita, tetapi ia menjadi permulaan hari dalam setahun ini untuk menuju jalan-jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran yang dilaknat. Hayati dan jadikanlah hijrah kali ini menjadi yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW. Semoga iman diperkuat, amalan dipertingkat, perjuangan menegakkan syiar Islam diperhebat. Semoga tahun baru Hijah (1432) ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini... Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan