Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan kehormanian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan...

Ahad, 26 Disember 2010

Perkhemahan Cuti-Cuti Sekolah 2010 & Anugerah Pelajar Cemerlang 2009








Program bertujuan memupuk dan memelihara nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama, perpaduan, komuniti penyayang dan juga semangat muhibbah serta memberi ilmu pengetahuan serta motivasi kepada peserta yang terlibat.

Tarikh : 18-19 Dis. 2010

Tempat : Padang Permainan Taman Desa Orkid

Perasmian Penutup : Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, Ybhg. Tuan Abd. Halim bin Hassan

Karnival Sukan Perpaduan Peringkat Daerah Seremban

Acara berlangsung pada 5 Dis. 2010 di Center Courts, Paroi. RT Taman Desa Orkid menghantar wakil untuk acara Bola Jaring dan Takraw, pasukan Bola jaring mendapat NAIB JUARA.. TAHNIAHH

Selamat Menyambut Maalhijrah 1432H

... Moga 1 Muharam 1432H (7 Dis. 2010) ini bukan hanya sekadar menjadi cuti biasa bagi kita, tetapi ia menjadi permulaan hari dalam setahun ini untuk menuju jalan-jalan kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran yang dilaknat. Hayati dan jadikanlah hijrah kali ini menjadi yang sebenar seperti hijrah Nabi Muhammad SAW. Semoga iman diperkuat, amalan dipertingkat, perjuangan menegakkan syiar Islam diperhebat. Semoga tahun baru Hijah (1432) ini menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini... Amin